10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan



Dok sahur.
- puasa org yahudi dgn org Islam sama jer kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dgn segelas air kosong.

Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur pahtu bangun selepas azan Subuh. Tu bukan sahur, tu supper.

Terlebih tidur
- lebih tidur wat rugi masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur ni boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada jugak hok sambung makan selepas solat Maghrib sampai lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Semua makanan nak diborong. Dok habis, makanan dibuang.

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal boh

Solat tarawih tapi dok qiamullail pada laylatul qadr
- Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending , sebab dok solat. Ayoyo! Lagu nim memang ramai...

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah dok guna tanpa ilmu. Ada gok hok larang tazkirah ketika Ramadhan. Mujur kat Pahang bukan sini.

Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan.
-ibarat dh harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja dok dibersihkan.

Sekian tazkirah utk muhasabah kita bersama...