Panduan mudah baca Quran

Sempena menyambut bulan berkat Ramadhan Al-Mubarak, Eloklah kita memperbanyakkan membaca ayat suci Al-Quran. Jika selama ini kita kata tidak tahu membaca, Jika selama ini kita mencari yang ada terjemahan, jika selama ini kita mencari bacaan dari imam yang kita suka, jika selama ini kita mencari alquran yang memudahkan kita membuat carian surah dan jika selama ini kita memcari yang percuma semuanya baru kita ingin membaca Alquran,

Inilah apa yang anda cari selama ini. Masihkah kita mencari alasan lagi untuk tidak membaca alquran.
Secara ringkasnya tanzil.net merupakan quran online yang disusun mengikut surah, mempunyai pelbagai bahasa terjemahan, bacaan dari pelbagai imam, sistem carian yang amat mudah dan paling penting ia adalah percuma.

Inilah satu peluang kita memperbanyakkan amalan mulia ini sepanjang Ramadhan yang akan datang. Klik DISINI jika anda juga mengimpikan menjadi JUTAWAN AKHIRAT.